Friday, 20 December 2013

KKT 3

Teks sumber

Lenovo menghasilkan dua tablet baru yang menggunakan sistem operasi Android iaitu Lenovo Yoga Tablet 8 dan Yoga Tablet 10 yang dikatakan mempunyai ketahanan bateri sehingga 18 jam penggunaan.
Kedua-dua tablet ini didatangkan dengan Kickstand terbina dalam dan mempunyai bateri tambahan padanya yang menjadikan Yoga Tablet 8 boleh bertahan sehingga 16 jam manakala Yoga Tablet 10 pula sehingga 18 jam penggunaan. Selain itu, kickstand ini juga membolehkan pengguna mengubah skrin tablet mengikut kesesuaian pengguna.
Lenovo Yoga Tablet ini didatangkan dengan dua saiz skrin iaitu 8 inci untuk Yoga Tablet 8 dan 10 inci pada Yoga Tablet 10. Dari segi spesifikasi, kedua-dua tablet ini menggunakan spesifikasi yang sama iaitu dilengkapi dengan cip pemprosesan 1.2 GHz MediaTek MT8125, paparan IPS dengan resolusi 1280x800, 1 GB RAM, storan 16 GB, sokongan slot Micro SD, kamera utama 5 megapiksel, kamera hadapan 1.6 megapiksel dan menggunakan sistem operasi Android Jelly Bean 4.2.
Bagi penggunaan kickstand atau dock, ianya boleh digunakan dalam 3 mod berbeza iaitu Hold Mode, Stand Mode dan Tilt Mode. Hold Mode adalah dimana kickstand pada tablet Lenovo ini ditutup dan sesuai untuk dipegang  untuk membuat bacaan menggunakan tablet dan membolehkan pengguna menggunakannya dengan sebelah tangan.
Stand Mode pula ialah pengguna perlu membuka kickstand dan membolehkan pengguna menggunakan tablet dengan keyboard padanya dan ianya sesuai ketika pengguna ingin menonton movie dan video. Manakala penggunaan Tilt Mode pula dapat memudahkan pengguna untuk membuat kerja menaip dengan lebih mudah.

Isu -isu 

a.Pilihan kata

Teks sumber
Terjemahan pandang bagi perkataan tertentu
Lenovo menghasilkan dua tablet baru…
produce,release,lauch
…Yoga Tablet 8 boleh bertahan sehingga 16 jam…
survive, last,hold on
…Yoga Tablet 10 yang dikatakan mempunyai ketahanan bateri sehingga 18 jam penggunaan
battery usage, battery capacity, battery life,battery of use
…kickstand pada tablet Lenovo ini ditutup dan sesuai untuk dipegang  untuk membuat bacaan …ianya sesuai ketika pengguna ingin menonton movie dan video.
good ,perfect, suitable, convenient
menggunakan sistem operasi Android Jelly Bean 4.2.
use, run,launch on

Catatan:Perkataan bahasa sumber mempunyai banyak padanan dalam bahasa sasaran.

Cara penyelesaian:Perkataan yang digunakan  bergantung kepada ayat yang dihasilkan semasa melakukan  terjemahan pandang.Selain itu,memilih perkataan yang kerap digunakan dalam teks yang sama genre.Dalam hal ini,pelbagai teks dapat dirujuk dari laman sesawang.

b.Struktur ayat 

 
Teks sumber
Terjemahan pandang
…penggunaan Tilt Mode pula dapat memudahkan pengguna untuk membuat kerja menaip dengan lebih mudah.
-to make typing easier
-which make it easier to type on screen
-allowing for a better typing
... sesuai untuk dipegang  untuk membuat bacaan menggunakan tablet dan membolehkan pengguna menggunakannya dengan sebelah tangan.
-make it easier to grip for reading
-great for one-handed viewing
-you can simply grip the handle for a more comfortable experience when reading

Catatan:Struktur ayat  bahasa sumber yang panjang tidak sesuai digunakan.Hal ini kerana susah menarik perhatian pendengar.

Cara penyelesaian:Pendekatan ringkasan dilakukan. Dalam hal ini, mesej yang penting disampaikan dalam ayat yang ringkas.

c. Glosari

Teks Sumber
Teks Sasaran
Sistem operasi Android
Android operating system
Terbina dalam
Built-in
Pemprosesan 1.2 GHz MediaTek MT8125
1.2 GHz MediaTek MT 8125 processor chips
Paparan IPS dengan resolusi 1280x800
IPS display with 1280x80 resolution
1 GB RAM
1 GB of RAM
Storan 16 GB
16 GB of internal storage
Micro SD
Micro SD
Kamera utama 5 Megapiksel
5 Megapixel auto focus rear camera
Sistem operasi Android Jelly Bean 4.2.2
Android Jelly Bean 4.2.2 operating system

Catatan:Perkataan teknikal susah difahami dan terdapat singkatan dalam teks yang penterjemah tidak tahu sebutannya.Hal ini melambatkan process terjemahan pandang.

Cara penyelesaian:Bahan sokongan dirujuk untuk memastikan terjemahan yang dihasilkan adalah betul.

Laman sesawang yang boleh dirujuk seperti berikut :
http://en.wikipedia.org/wiki/Units_of_information
http://resources4ict.excellencegateway.org.uk/search.php?show=20&letter=b 

Maklumat tambahan

Symbol
Prefix
SI Meaning
Size Different
K
Kilo
103=10001
2.40%
M
Mega
106=10002
4.86%
G
Giga
109=10003
7.37%
T
Tera
1012=10004
9.95%
P
Peta
1015=10005
12.59%
E
Exa
1018=10006
15.29%
Z
Zetta
1021=10007
18.06%
Y
yotta
1024=10008
20.89%
kB
kilobyte
MB
megabyte
GB
gigabyte
TB
terabyte
PB
petabyte
EB
Exabyte
ZB
zettabyte
YB
yottabyte

Perbincangan

Masalah pertama yang dihadapi ialah penguasaan bahasa sasaran yang lemah.Hal ini mengakibatkan masa yang digunakan untuk melakukan terjemahan pandang agak panjang.Selain itu,penguasaan bahasa sumber yang kurang baik menyebabkan banyak kesalahan tatabahasa dilakukan.Hal ini sudah tentu akan menjejaskan kualiti terjemahan yang dihasilkan.

Kesimpulan
Penterjemah perlu mempunyai penguasaan bahasa sumber dan bahasa sasaran yang baik untuk menghasilkan terjemahan yang berkualti.Di samping itu,penterjemah juga perlu gigih merujuk bahan sokongan terutama teks teknikal untuk mengelakkan terjemahan yang salah.